Friday, June 19, 2009

Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Tun Tijah

Perkhidmatan kepada kanak-kanak kurang upaya adalah tanggungjawab tiga Kementerian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pendidikan bagi kanak-kanak tersebut dikendalikan oleh dua Kementerian iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat. Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada kanak-kanak yangmenghadapi masalah:
· cacat fizikal teruk,
· rencatan akal sederhana dan teruk,
· pelbagai kecacatan, dan
· kecacatan yang tidak membolehkan kanak-kanak tersebut untuk belajar di sekolah-sekolah yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

BERSAMA-SAMA KITA MENINTEGRASIKAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS SELARAS DENGAN HASRAT KERAJAAN
BERSAMA-SAMA MEMAJUKAN PENDIDIKAN KHAS DI MATA DUNIA
BERGANDING BAHU BERSAMA MOHD DAN BIN YUSOF



Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan perkhidmatan pendidikan untuk murid-murid pemulihan khas dan berkeperluan khas yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran. Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran (BP) di bawah tanggung jawab Kementerian Pendidikan Malaysia adalah seperti berikut:
· Sindrom Down,
· Autisme ringan,
· Attention Deficit Hyperaktif Disorder,
· Terencat akal minimum, dan
· Bermasalah pembelajaran spesifik (contoh: Disleksia)
· Pendidikan yang diberi menekankan kepada perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Pelajar Pendidikan Khas adalah pelajar yang dikesan mempunyai masalah pembelajaran berasaskan tahap fungsi keupayaan dan definisi dalam beberapa kemahiran keupayaan kognitif, berbahasa dan pertuturan ,menguasai keupayaan membaca, kemahiran pekembangan sosial, perkembangan diri, pengamatan penglihatan, pengamatan pendengaran, pengurusan dan menguasai keupayaan matematik.
Program Pendidikan Khas di SMKTMI telah dijalankan mulai 1 Januari 2001 dengan bilangan pelajar seramai 6 orang yang telah tamat pendidikan (Pendidikan Khas ) dari sekolah rendah berhampiran.
Mulai 1 Januari 2002, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) telah menambah seorang lagi guru Pend. Khas.
Kini pada tahun 2007 bilangan guru telah bertambah kepada 7 orang dan pelajar telah meningkat kepada 42 orang dengan bilangan kelas sebanyak 7 kelas.
(Guru masih kekurangan 3.5 orang)
Pelajar Pendidikan Khas sekolah ini berumur antara 13 tahun hingga 21 tahun
terdiri daripada kategori ‘
Syndrom Down’,
Hiper aktif, Hipo aktif,
Kurang Daya Tumpuan,
kerencatan mental, ‘
Slow Learner’,
‘Cereberal Palsy’,
‘dyslecxia’,
Autisme dan sebagainya



Takrif Sekolah Khas
Pendidikan khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui:
Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran.
Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. la diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.
Di antara program yang ditawarkan ialah:
Prasekolah
Syarat kemasukan murid ke Program Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas ialah:
berumur 6+ hingga 14+ tahun
disahkan oleh pengamal perubatan
dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.
Pelajaran RendahSyarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia ialah:
berumur 6+ hingga 14+ tahun
disahkan oleh pengamal perubatan
dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain
Semua sekolah rendah pendidikan khas mengikuti aliran akademik. Kemudahan-kemudahan yang disediakan di peringkat sekolah rendah termasuklah asrama dan makan minum percuma. Murid yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi boleh mengikuti kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif.
Pelajaran MenengahSyarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia ialah:
Berumur 13+ hingga 19+ tahun
disahkan oleh pengamal perubatan
dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain
Pelajaran menengah menyediakan 2 jenis aliran iaitu akademik dan vokasional.
Pendidikan Teknik dan Vokasional
i) Sekolah KhasSekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang menawarkan elektif mata pelajaran vokasional (MPV) manakala Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia.
ii) Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah PendengaranSekolah Menengah Vokasional (EAT) Azizah, Johor BaruSekolah Menengah Teknik Langkawi, KedahSekolah Menengah Teknik Batu Pahat, JohorSekolah Menengah Vokasional Bagan Serai, PerakSekolah Menengah Teknik Tanah Merah, KelantanSekolah Menengah Vokasional Keningau, Sabah
Tempoh Pengajian
Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas rendah adalah enam (6) tahun.
Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas menengah adalah lima (5) tahun.
Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua (2) tahun maksimum di mana-mana peringkat iaitu sarna ada rendah atau menengah mengikut keperluan murid berkenaan.